Makanan ringan sangat digemari oleh kanak-kanak. Tentu kawan-kawan juga sangat sukakan makanan ringan. Tahukah kawan-kawan makanan ringan banyak memberikan kesan buruk kepada kesihatan kita?
Ianya mengurangkan selera makan, menyebabkan obesiti dan penyakit-penyakit berbahaya. Jika ia diambil dalam tempoh yang lama, kita akan terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang, kencing manis, darah tinggi, apendiks dan banyak lagi.
Sebagai seorang pelajar, kita tidak sepatutnya mengambil makanan ringan atau jajan ini kerana amat besar kesannya kepada otak kita. Kandungan bahan pewarna, perasa tiruan dan pengawet makanan melemahkan daya tumpuan otak kita di samping menumpulkan akal fikiran. Jika kita selalu mengambil makanan ringan, otak kita akan lembap, berasa malas, letih dan mengantuk ketika belajar.
Oleh itu, sekiranya kita ingin cergas sentiasa, cemerlang dalam pelajaran, menghafal, mengingati pelajaran, ayat-ayat Al-quran dengan berkesan, tinggalkanlah tabiat mengambil makanan ringan. Amalkan pemakanan yang sihat seprti memakan sayur-sayuran dan buah-buahan seperti kurma atau kismis ganti makanan ringan.

0 ulasan:
Catat Ulasan